Bantuan One-Off RM500 kepada golongan B40, ini adalah kritikan Najib Razak kepada mekanisme pelaksanaannya

Najib%2BRazak %2BKenapa%2Bperlu%2Btunggu%2Bsehingga%2B3%2Bbulan

image

Untuk makluman anda semua bahawa setiap kali kerajaan mengumumkan apa-apa bentuk bantuan, mesti akan ada maklum balas yang pelbagai daripada ahli-ahli politik. Kali ini kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan bawakan kepada anda pandangan dari bekas Perdana Menteri kita, iaitu Najib Razak. Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib melalui laman Facebook rasminya:

Bantuan ini adalah kepada penerima BPR yang hilang kerja sebanyak RM500 sekali  bagi mereka dengan pendapatan di bawah RM1,000 adalah langkah yang bijak.

Tapi kenapa hanya RM500 sahaja dan juga hanya di bayar 3 bulan kemudian pada bulan Jun sekiranya data-data mereka sudah ada di dalam BPR?



Kepada mereka yang gaji di bawah RM1,000 adalah di bawah kategori miskin serta skim eKasih dan juga layak untuk menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun lepas, kerajaan PN telah janji untuk naikkan bantuan JKM dari RM200 hingga RM300 sebulan kepada RM1,000 selewatnya pada bulan Disember 2020:


3 Dis 2020: PM jamin laksana segera bantuan bulanan JKM RM1,000

Namun yang sedemikian, semakan media minggu lepas di Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM), sebuah kesatuan tempatan dan ketua komuniti Orang Asli mendapati dasar itu belum dilaksanakan selepas lebih tiga bulan.


“8 Mac 2021: Masih menunggu bantuan kebajikan RM1,000 yang dijanjikan

Sebab itu, saya percaya bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM1,000 yang merupakan golongan yang paling terdesak akan lebih mendapatkan kebaikan dan juga manfaat sekiranya janji menaikkan bantuan bulanan ke RM1,000 dapat ditunaikan secara serta-merta.


Dan jika masih mahu teruskan bantuan RM500 sekali bayar seperti diumum semalam, jangan tunggu 3 bulan lagi hingga bulan Jun. 
Yang berpendapatan RM1,000 ke bawah dan sudah hilang kerja, sangat mustahil dan tidak akan dapat bertahan sehingga bulan Jun untuk mendapat bantuan RM500 sekali bayar.

Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa merasakan apa yang dikatakan oleh Najib Razak adalah masuk akal juga. Kenapa perlu umumkan sekarang kalau duit yang diberikan itu perlu tunggu sampai tiga bulan lamanya? Hal ini demikian akan membuat orang ramai berpusu-pusu nak tahu apa yang akan diberikan oleh kerajaan, padahal kena tunggu tiga bulan lagi. Kami amat berharap pihak kerajaan akan mengambil kritikan Najib Razak ini secara positif dan mula memberikan bantuan secepatnya.

SUMBER

1 thought on “Bantuan One-Off RM500 kepada golongan B40, ini adalah kritikan Najib Razak kepada mekanisme pelaksanaannya”

Leave a Comment