Bantuan Khas RM500 Sempena Perayaan. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata beliau mengalu-alukan kerajaan untuk memberikan bantuan kewangan khas kepada para penjawat awam di negara ini bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada bulan April nanti.
Untuk pengetahuan, kerajaan Malaysia sebelum ini telah memberikan imbuhan khas kepada semua penjawat awam sebanyak RM2,000 pada hujung bulan Februari yang lalu. Datuk Dr Adnan Mat berterima kasih atas pemberian tersebut kerana bantuan tersebut.
Ini kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan para penjawat awam untuk mendepani pembukaan sekolah anak-anak serta bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Tengah Trending:
- Permohonan Perajurit TLDM 2024 Bagi Lepasan SPM/SVM & Diploma
- Bantuan Khas Ramadhan 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Kerajaan akan mengemaskini data yang telah dikumpul tersebut secara berkala untuk urusan pentadbiran dari pelbagai sumber seperti sebuah ekosistem. Pelbagai agensi kerajaan dapat menggunakan data individu yang tersimpan untuk membuat polisi baharu seperti bantuan kewangan, perumahan dan subsidi dengan lebih tepat dan efektif tanpa kerisauan tentang keciciran dan juga pertindihan.
Beliau menambah lagi, bantuan berbentuk wang yang kelaziman diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri nanti.
Lazimnya kerajaan akan memberi bantuan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS.
Justeru, beliau berkata penjawat awam akan datang tidak perlu merasa gusar dan yakin bahawa majikan iaitu kerajaan amat prihatin dengan nasib penjawat awam, sekali gus memastikan mereka juga akan mendapat faedah lebih baik.