Bantuan Khas Ramadhan 2024 adalah salah satu inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan rendah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulai dengan penuh kecukupan dan kesenangan.
Penerima bantuan berkaitan termasuk penerima bantuan bulanan, elaun sara hidup, sewa rumah dan rawatan perubatan am.
Pengenalan Bantuan Khas Ramadhan 2024
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Ramadhan diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia terutamanya yang kurang kemampuan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang pastinya penuh cabaran oleh kerana berserta dengan persedian anak-anak untuk ke sekolah.
Tengah Trending:
- Permohonan Perajurit TLDM 2024 Bagi Lepasan SPM/SVM & Diploma
- Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2025/ 2026 Secara Online
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Ramadhan 2024
Penyaluran Bantuan Ramadhan yang bernilai RM500 akan disalurkan kepada penerima bermula pada 27 Mac 2024 bersamaan 15 Ramadhan 1445H secara berperingkat dan segala urusan berkaitan bantuan akan diselesaikan dengan cepat dan cekap tanpa membebankan mana-mana pihak.
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Ramadhan 2024
Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan Ramadhan secara tunai atau menerusi akaun bank yang telah didaftarkan sebanyak RM500 secara sekaligus (one-off). untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dengan lapang hati.
Kelayakan Penerima Bantuan Khas Ramadhan 2024
Kelayakan penerima Bantuan Ramadhan adalah tertakluk kepada yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Beragama islam;
- Warganegara Malaysia;
- Mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan; dan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
Cara Semakan Nama Penerima Bantuan Khas Ramadhan 2024
Ikuti cara semakan penerima Bantuan Ramadhan yang layak seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi MAIWP; atau klik pautan di sini : https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/.
- Kemudian klik pada [Portal e-Baitulmal].
- Seterusnya, klik pada [Sistem eZ-Zakat].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (yang telah didaftarkan) tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Isikan kata laluan pemohon yang telah ditetapkan.
- Klik pada butang [Sign in].
- Kemudian, sila klik pada semakan permohonan.
- Status semasa pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MAIWP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Alamat : Menara MAIWP, No.55, Lorong Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur.
- Talian MAIWP: 03-2639 9000
- E-mel : [email protected]