Bantuan Hilang Pekerjaan Sebanyak RM500, Tahun 2021

Bantuan%2BHilang%2BPekerjaan%2BRM500

image

Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan secara one-off kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan terutamanya bagi mereka yang tergolong di dalam golonga B40. Hal ini demikian bagi mereka yang berkelayakan sahaja, tuan/puan bolehlah melakukan sebarang permohonan dengan cara-cara yang tersebut.

Pra Syarat

Bantuan kehilangan pekerja ini hanya lah untuk mereka yang tergolong di dalam golongan B40 sahaja dan berumur antara 21 hingga 60 tahun.



Syarat Dan Info Am Kelayakan Bantuan

1. Seseorang itu perlulah berumur antara 21 tahun sehingga 60 tahun.
2. Hilang pendapatan, pekerjaan serta tergolong di dalam golongan B40 sahaja.
3. Bayaran tambahan pula akan diberikan kepada mereka (Pemohon BPR) yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1000.
4. Pengesahan kehilangan pekerjaan dan juga pendapatan akan dilakukan oleh pihak LHDNM, KWSP dan juga PERKESO.
5. Bantuan ini tidak melibatkan apa-apa proses pendaftaran.

Tarikh Pengkreditan Bantuan

Bantuan ini akan bermula dibayar kepada semua penerima bermulai pada JUN 2021.

Cara Permohonan Bantuan

– Kepada mereka yang layak, pihak LHDNM, KWSP dan juga PERKESO akan mengesan anda mengikut sistem mereka.

– Oleh yang sedemikian, anda tidak perlu untuk membuat sebarang proses pendaftaran serta permohonan.

Info Tambahan

Untuk keterangan yang selanjutnya, sila layari laman web Bantuan Prihati Rakyat dan juga ikuti dari semasa ke semasa bantuan ini di laman web di bawah: 

1. Laman Web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
2. Laman Web Kementerian Kewangan Malaysia

ATAU

Anda boleh menghubungi LHDNM di talian Bantuan Prihatin Rakyat melalui talian 1-800-88-2747

Itu sahaja perkongsian daripada kami pasukan Laporan Media Semasa, semoga dengan ini dapat memudahkan anda semua dan semoga kita semua terus semangat untuk menghadapi kesan wabak COVID-19 ini.

Leave a Comment