Anda Sudah Selesai Daftar i-Sinar KWSP? Semak Status Dan Jadual Pembayaran Sekarang!

LAPORANMEDIASEMASA.BLOGSPOT.COM%2B%25283%2529

NEW%2BLMS


Untuk makluman anda, kerajaan telah merasmikan sistem i-Sinar KWSP kepada semua ahli KWSP bagi memudahkan permohonan pengeluaran sehingga RM10,000.

Sehubungan dengan itu, kami dari Laporan Media Semasa akan mengongsikan kepada anda rujukan Semakan Tarikh dan Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP di bawah.

BACA JUGA: 

[RASMI] Perkara Yang Anda Perlu Tahu! Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar KWSP Bermula Pada 11 Januari 2021.

Sebelum itu,mari ketahui kategori-kategori yang telah dibahagikan oleh pihak KWSP:

1. Kategori 1
2. Kategori 2



SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 1?

Kepada mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Bagi kategori ini:
  • Tiada dokumen sokongan diperlukan:
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
  • Ahli hanya perlu melakukan permohonan secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 2?

Kepada ahli yang belum lagi mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% serta ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

TARIKH PERMOHONAN i-SINAR KWSP

Setiap kategori tarikh permohonannya adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 21 Disember 2020
  • Kategori 2: 11 Januari 2021

Pembayaran i-Sinar KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank milik pencarum.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, sila rujuk di i-Sinar KWSP

TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP

  • Kategori 1 : 11 Januari 2021
  • Kategori 2 : Pertengahan Februari 2021


SEMAKAN STATUS

Semakan status kelayakan untuk permohonan i-Sinar KWSP akaun 1 bagi kategori boleh dibuat pada 4 Januari 2021

i-SINAR KWSP : JADUAL PEMBAYARAN

Untuk lebih faham, sila lihat gambar yang dipaparkan di bawah ini:

Jadual Bayaran iSinar KWSP RM10000

KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN i-SINAR KWSP

Capture%2BI SINAR%2B1

i SINAR%2B2

SEBARANG PERTANYAAN

Sila hubungi nombor yang tertera : 03 8922 4848 (Isnin-Jumaat)


Sumber: utusankerjaya.my

Leave a Comment