Bermula pada 8 Mac 2021, pihak KWSP telah membuka portal baru kepada para ahli KWSP tersebut untuk melakukan permohonan baharu dan juga untuk menukar pindaan amaun permohonan i-Sinar KWSP mereka.
Secara puratanya ramai ahli KWSP mengucapkan syukur kerana hal ini sedemikian masih diberikan peluang untuk membetulkan kesilapan ketika melakukan pindaan amaun sewaktu awal permohonan dahulu.
Namun begitu, walaupun sudah diberikan peluang yang kedua untuk membetulkan kesilapan tersebut masih lagi terdapat beberapa ahli yang tersalah melakukan pindaan amaun i-Sinar KWSP mereka. Anda perlu difahamkan bahawa pindaan tersebut hanya boleh dilakukan sekali sahaja dan juga tidak ada lagi peluang yang seterusnya. Melainkan pihak KWSP sendiri akan membuka permohonan pindaan baharu lagi sekali.
Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Pemohon KWSP
CONTOH SITUASI
– Had pengeluaran yang diluluskan: RM10,000
– Baki Pengeluaran Yang Perlu Dikeluarkan: RM2,000
Sekiranya anda mempunyai baki sebanyak Rm2,000, maka anda perlu untuk tarik pindaan amaun sehingga mencapai RM10,000 bagi membolehkan anda mengeluaran baki tersebut.
Jadi RM8,000 (Pengeluaran i-Sinar dulu) + RM2,000 (Baki Terkini) = RM10,000 Had pengeluaran
Bagi anda mengeluarkan baki akaun tersebut sebanyak RM2,000, anda perlu tarik amaun sehingga maksimum dan bukannya tarik dipermohonan baharu pindaan RM2,000.
Seterusnya, kepada mana-mana ahli yag dibenarkan untuk keluarkan had pengeluaran sebanyak RM10,000, jika anda ingin membuat pengeluaran penuh sebaiknya anda tarik pindaan amaun itu sehingga hujung ataupun sampai semaksimum yang boleh.
Beberapa Perkongsian Ahli KWSP di Facebook Tentang Pengeluaran Pindaan Amaun Terkini
Maklumat Yang Selanjutnya
Anda boleh hubungi talian Hotline Khas i-Sinar KWSP di 03 8922 4848
– Jam 8 pagi sehingga 8 malam
– Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum negeri Selangor dan Persekutuan)
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.