Pada bulan November lalu, dalam pembentangan belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan bahawa kenaikan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua daripada RM350 kepada RM500.
Warga emas ataupun orang tua yang layak serta telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 pada tahun 2021.
Bantuan bagi warga emas ini diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia yang merupakan antara sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban warga emas meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.
SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon mestilah warganegara & bermastautin di Malaysia
- Mestilah berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa: dan
- Institusi kendalian JKM: atau
- Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma atau
Kes-kes yang berkeperluan, layak di beri pertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bagi melakukan permohonan bantuan ini, pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:
1. Pertama sekali, layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Klik pada pautan ‘Daftar Permohonan‘ bagi pengguna baru.
3. Sila masukkan negeri, tempat tinggal serta nombor kad pengenalan anda.
4. Setelah selesai perkara di atas, sila klik butang ‘Daftar’
5. Dalam masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA PERMOHONAN
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan diri pemohon.
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
SOALAN LAZIM
1. Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?
Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2. Adakah warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?
Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.
3. Adakah warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?
Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.
4. Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?
Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No Tel: 03-8000 8000
Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk seluruh warganegara Malaysia.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.