Assalamualaikuam semua, kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda semua bagaimana untuk semak tarikh pembayaran i-Sinar masuk ke bank anda. Hal ini demikian kerana ramai orang di luar sana asyik keluar ulang alik ke bank hanya untuk semak pembayaran i-Sinar sama ada sudah masuk atau pun belum. Mari ikuti perkongsian kami di bawah:
Langkah Mudah Untuk Semak Tarikh Pembayaran i-Sinar Yang Bakal Diluluskan Tidak Lama Lagi
1. Pergi ke portal rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau anda boleh melalui Google search sahaja
2. Kepada sesiapa yang belum daftar untuk i-Akaun, sila daftar; KLIK DAFTAR
3. Daftar i-Akaun anda seperti yang diterangkan di portal rasmi KWSP di bawah ini
Dalam cara lain juga boleh aktifkan i-Akaun melalui kiosk KWSP.
4. Selepas itu, sila log masuk i-Akaun anda seperti biasa.
5. Sila masukkan nombor IC anda yang telah berdaftar dan aktif.
6. Masukkan password anda.
7. Klik bahagian WITHDRAWAL
8. Klik pada pautan WITHDRAWAL HISTORY
9. Seterusnya, klik pada pautan WITHDRAWAL TYPE
10. Setelah itu, tarikh pembayaran akan dipaparkan kepada anda. Pembayaran akan diterima pada tarikh yang dipaparkan.
Itu sahaja untuk perkongsian daripada kami.
Semoga artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua dan jangan lupa sebarkan artikel ini kepada mereka yang belum tahu cara semak tarikh pembayaran i-Sinar.
Sumber: Safwan Aidil
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.