Untuk makluman anda semua bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun mengumumkan berkenaan dengan kadar dividen bagi tahun 2020. Pemberian dividen tersebut adalah sangat ditunggu-tunggu oleh para pencarum. Hal ini demikian kerana kadar kenaikan dividen berbanding dengan tahun-tahun seblum ini adalah sangat dinantikan kerana jumlah yang bakal diterima oleh pencarum juga akan meningkat.
Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan kadar dividen yang telah diumumkan oleh KWSP.
1. Kadar Dividen Simpanan Konvensional 2020
Untuk simpanan konvensional, kadar dividen yang bakal diterima bagi setiap pencarum adalah sebanyak 5.20%
Dividen tersebut yang telah diumumkan pada kali ini juga telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 3.43% iaitu selama 3 tahun berturut
Walaubagaimanapun, kadar yang tinggi tetapi rendah sedikit jika dibandingkan dengan kadar dividen pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5.45%
Berikut merupakan infografik mengenai kadar dividen
2. Kadar Dividen Simpanan Syariah 2020
Bagi simpanan syariah pula, kadar dividen yang akan bakal diterima untuk setiap pencarum adalah sebanyak 4.90%
Dalam erti kata lain, dividen pada kali ini telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 3.10% selama 3 tahun berturut-turut.
Walaubagaimanaun, kadar yang tertingga tetapi rendah sedikit jika dibandingkan dengan kadar dividen pada tahun 2019 iaitu sebanyak 5.00%
Cara Pengiraan Dividen
Sila ikuti perkongsian daripada kami berkenaan dengan cara pengiraan dividen anda. Anda hanya perlu tukarkan 5% kepada 5.20% jika konvensional atau kepada 4.90% jika simpanan syariah.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.