Melalui daripada pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri semalam, Program eBelia ini akan ditambah baik. Untuk pengetahuan anda, belia merupakan salah satu daripada golongan yang akan dibantu oleh kerajaan melalui Program PEMERKASA 2021.
Program eBelia ini merupakan sebuah program untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai di dalam kalangan belia kita pada hari ini.
Sila ikuti segala perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa berkaitan dengan maklumat yang terkini di bawah;
Jumlah Bantuan E-Wallet PEMERKASA 2021
Sebelum ini, bantuan e-wallet untuk belia hanya sebanyak RM100, kini bagi nilai bantuan tersebut akan dinaikkan sebanyak RM50. Ini bermakna jumlah keseluruhan nilai bantuan tersebut adalah sebanyak RM150.
Bila Pengkreditan E-Wallet Ini Dilakukan?
Pengkreditan tersebut akan dilakuakn bermula pada bulan Jun ini.
Siapa Yang Boleh Memohon?
– Golongan belia berusia antara 18 – 20 tahun
– Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa
Bantuan tersebut akan memanfaatkan dua juta orang dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.
Cara Untuk Melakukan Permohonan
- Muat turun aplikasi TNG E-wallet / Boost / Grab
- Isi maklumat peribadi anda dengan lengkap
- Pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan
- Akhir sekali tunggu pengkreditan e-wallet, sekiranya anda layak untuk bantuan tersebut. Maka pengkreditan tersebut akan dilakukan ke akaun e-wallet anda.
Bantuan Lain Kepada Anak Muda
Pemerkasaan Ekonomi Bandar (PEKB) akan lebih diperluaskan lagi dengan tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta dengan menjadikannya bagi peruntukan keseluruhan sebanyak RM21 juta.
Oleh itu, hal ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan anak muda bandar di dalam golongan keusahawanan.
**Sebarang kemaskini akan dilakukan dari semasa ke semasa
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.