PEMERKASA: Bantuan RM3,000 Secara “One-Off” Bagi Industri Pelancongan

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%252824%2529

image

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang telah diumumkan kerajaan sejak semalam, hal ini demikian memberikan suntikan semangat baharu kepada semua yang terbabit di dalam rantaian sektor pelacongan, seni serta budaya di negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata bahawa hal ini selepas industri terbabit berhadapan dengan cabaran besar dan juga menjadi sektor yang amat terjejas serta teruk akibat daripada penularan wabak COVID-19 tersebut.

“Walaupun kita sekarang sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang juga turut memberi impak kepada seluruh dunia, kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan agar semua pihak yang berada di dalam rantaian ekonomi berkaitan dengan sektor pelacongan, aset warisan seni dan juga budaya serta pengurusan acara di negara ini, diberi perhatian,” katanya di dalam salah sebuah kenyataan, hari ini.



Beliau juga turut berkata, MOTAC juga menyokong pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengenai dengan kebenaran rentas negara secara berperingkat menerusi inisiatif Laluan Hijau Khas terutama selepas ramai rakyat divaksin.

“MOTAC tersebut ingin merakamkan sebuah penghargaan dan sejuta terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin yang mengumumkan PEMERKASA di dalam usaha merancakkan kembali ekonomi negara pada tahun ini,” katanya.

Kebaikan PEMERKASA Kepada Industri Pelancongan

Menurut PEMERKASA, industri pelancongan akan menerima pelbagai manfaat antaranya pelanjutan pengecualian cukai pelancongan serta cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang telah disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember ini.

Penangguhan Pembayaran Ansurans Cukai Bagi Pendapatan Bulanan Bermula Pada 1 April Sehingga 31 Disember

Selain daripada itu, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April sehingga 31 Disember ini yang diberi kepada syarikat industri pelancongan dan insdustri yang terpilih seperti panggung wayang dan juga spa.

Dalam hal ini, memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan atas pentas, acara sukan dan juga pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan, turut diberikan.

Geran Bantuan Khas Secara One-Off Sebanyak RM3,000

Seterusnya, pihak kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak Rm3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, selain daripada menyediakan bantuan tunia secara one-off sebanyak RM600 kepada pengusaha homestay yang berdaftar, dijangka ini akan memanfaatkan lebih 4,000 tuan rumah atau pun pengusaha Program Pengalaman Homestay.

Perdana Menteri juga ada mengumukan semalam bahawa peruntukkan sebanyak RM700 juta bagi melanjutkan Program Subsidi Upah (PSP) 3.0 selama tiga bulan secara lebih bersasar, mengkhususkan sektor pelancongan, perdagangan borong serta runcit, dan juga perniagaan lain yang ditutup semasa PKP seperti pusat sukan gimnasium dan juga spa.

Inisiatif PSP ini akan dijangka dapat membantu 400,000 pekerja dan juga 37,000 majikan.

SUMBER: mingguankerja.my

Leave a Comment