Berikut hal ini dimaklumkan beberapa bulan lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ada mengatakan bahawa bantuan bulanan bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dinaikkan dari RM200/RM300 ke RM1000 sebulan.
Hal ini kemudiannya akan di bawah ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan untuk dipertimbangkan selebihnya bagi membantu golongan B40. Oleh yang sedemikian, marilah bersama-sama kita menantikan berita gembira ini agar dapat kurangkan beban kita dalam menjalani kehidupan sewaktu pandemik COVID-19.
Oleh sebab itu, bagi mereka yang belum memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda sangat dialu-alukan untuk melakukan permohonan yang sesuai dengan syarat-syarat yang telah diberikan daripada pihak Jabatan Kebaijkan Masyarakat. Keadaan ini adalah untuk memperhalusi serta akan memudahkan penilian untuk mereka yang betul-betul layak dalam menerima bantuan.
Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan senaraikan bantuan yang anda boleh mohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah:-
Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
– Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
– Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
– Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
– Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
– Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
– Bantuan Geran Pelancaran (GP)
– Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
– Tabung Bantuan Segera (TBS)
Cara Untuk Memohon Bantuan Kebajikan
Kepada mereka yang belum memohon serta tidak pernah memohon bantuan di Jabatan Kebajikan Malaysia, anda bolehlah untuk melakukan permohonan melalui talian dibawah:-
*Kepada mereka yang telah mendaftar di talian, anda dikehendaki untuk hadir 14 hari selepas pendaftaran atas talian.
Sila bawah dokumen-dokumen tersebut untuk pengesahan dan kelayakan anda:-
– Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon;
– Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
– Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran sementara OKU; (jika kategori OKU)
– Salinan penyata pendapatan / surat akaun pendapatan; (jika bekerja sendiri)
– Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
– Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Muat Turun Borang Tersebut
Anda boleh memuat turun borang-borang permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah untuk permohonan secara manual.
Klik untuk memuat turun borang kebajikan tersebut:-
JKM18 BORANG PERMOHONAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
JKM20 BORANG KEMASKINI MAKLUMAT/BORANG KAJI SEMULA
Info Tambahan
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan serba sedikit kemudahan kepada anda untuk memohon bantuan. Sila sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakna-rakan anda yang memerlukan.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.