STR BUJANG – SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN TUNAI 2025
Berita baik untuk golongan bujang, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2025!
Adakah anda telah membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2025.
Pengenalan Bantuan STR Bujang 2025
STR merupakan salah satu inisiatif di bawah kerangka Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.
Baca Juga :
- Jawatan Kosong Maybank : Pelbagai Kekosongan Jawatan Dibuka ~ Tutup 10 Februari 2025
- Jawatan Kosong Petronas : Gaji Bermula RM1,500 – RM1,999 ~ Minima SPM Layak Mohon!
Syarat Kelayakan STR Bujang
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan :
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Jika anda berumur 21 tahun atau lebih dan tidak tinggal bersama orang lain, atau jika anda berumur 19 tahun atau lebih dan mempunyai kecacatan tetapi masih bersekolah sepenuh masa, anda boleh dikira sebagai kanak-kanak atau tanggungan dalam permohonan isi rumah. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh memohon sendiri sebagai seorang.
NOTA:
Terdapat bayaran tambahan RM600 untuk keluarga yang sangat miskin dan sangat memerlukan bantuan. Hanya keluarga tertentu yang memenuhi kriteria tertentu boleh mendapatkan wang tambahan ini:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
Maklumat Lanjut STR Bujang 2025
Infomrasi lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda juga boleh hubungi Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.