Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima

Kadar Bayaran STR Fasa 3 kini menjadi bualan ramai. Hal ini berikutan jadual tarikh bayaran yang dijangka akan dikreditkan ke akaun penerima bermula Ogos 2024.

Kerajaan melalui Belanjawan 2024 memperuntukan RM10 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah yang bakal memanfaatkan sekitar 8.4 juta penerima.

Selepas bayaran Fasa 2 yang telah selesai April lepas, kini rakyat Malaysia tertumpu kepada pengkreditan Fasa 3 yang dijadual seawal Ogos 2024. Berikut merupakan kadar bayaran STR Fasa 3.

Tarikh & Kadar Bayaran STR Fasa 3 2024

TERKINI: Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dilaksanakan bulan Ogos tahun 2024

Kadar Bayaran STR Fasa 3
Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima 9
Kadar Bayaran STR Fasa 3
Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima 10
Kadar Bayaran STR Fasa 3
Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima 11

Semakan Status STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Berikut adalah contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Kadar Bayaran STR Fasa 3
Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima 12

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

  1. KATEGORI ISI RUMAH
    • Pendapatan RM0 – RM2500
      • 0 anak : RM150
      • 1-2 anak : RM300
      • 3-4 anak : RM500
      • 5 anak / lebih : RM650
    • Pendapatan RM2501 – RM5000
    • 0 anak : RM100
    • 1-2 anak : RM200
    • 3-4 anak : RM250
    • 5 anak / lebih : RM300
  2. KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Umur 60 tahun dan ke atas)
    • Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150
  3. KATEGORI BUJANG (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)
    • Pendapatan RM0 – RM2500 : RM100

*Sila rujuk jadual terperinci dalam lampiran soalan lazim yang telah dikemaskini di bawah:

Kadar Bayaran STR Fasa 3
Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima 13

Untuk makluman anda, kerajaan juga turut menyediakan bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Asas Rahmah adalah STR Tambahan berjumlah RM100 sebulan bagi 12 bulan, untuk penerima yang layak dan golongan miskin tegar yang mempunyai rekod dalam e-Kasih.

Sementara itu, terdapat juga penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang tidak menerima bayaran Fasa 3.

Ini adalah kerana pemohon ini:

  • Tidak lulus permohonan STR 2024
  • Perubahan status daripada kahwin kepada cerai / kematian pasangan
  • Lulus kategori isi rumah (tiada anak) dan berpendapatan RM2501-RM5000.

Sebarang semakan lanjut, rujuk maklumat yang berkaitan di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Penafian

Laporan Media Semasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Join Channel Whatsapp LMS 1 1
Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima 14

Leave a Comment