Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Masih Menjadi Tanda Tanya Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Bantuan 2BKhas 2BCovid 19 2BMasih 2BMenjadi 2BTanda 2BTanya

image 8

Buat masa sekarang ini, rakyat masih lagi menantikan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) seperti yang telah dijanjikan daripada pihak kerajaan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat serta Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang sepatutnya akan diagihkan pada bulan ini. Namun sehingga hari ini masih lagi tiada khabar mengenai bantuan tersebut sedangkan bulan Ogos berbaki hanya 5 hari sahaja lagi.

Secara keseluruhannya, semua rakyat mahukan kerajaan di atas pimpinan Perdana Menteri Baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mempercepatkan lagi pembayaran BKC. Hal ini demikian kerana telah dijanjikan bahawa agihan bantuan tersebut akan dilakukan pada bulan ini.


Kategori Penerima BKC

Pihak kerajaan sebelum ini di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemberian BKC dengan kadar serta kategori seperti yang berikut;

  1. PERTAMA : Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, Rm500 pada November, dan RM300 pada Disember. Individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima bantuan sebanyak Rm200 pada bulan Ogos dan RM300 pada November.
  2. KEDUA : Isi rumah bagi kategori B40 pula akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember. Kepada bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
  3. KETIGA : Isi rumah bagi kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada Ogos.


Tarikh Bagi Penerimaan BKC Yang Sepatutnya

Mesti ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran BKC tersebut, berikut adalah mengenai maklumat tersebut;

  1. Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos dengan jumlah bantuan sehingga RM500 mengikut kategori.
  2. Seterusnya, pembayaran seterusnya akan dikreditkan pada bulan November da Disember dengan jumlah maksimum bayaran adalah RM500 dan Rm300 mengikut kategori anda.

2 thoughts on “Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Masih Menjadi Tanda Tanya Buat Seluruh Rakyat Malaysia”

Leave a Comment