Kepada anda yang masih lagi tertanya-tanya bilakah BKC ini akan dikreditkan, berikut kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan info terkini berkaitan pengkreditan BKC.
Untuk makluman anda semua bahawa pemberian BKC ini akan diteruskan namun yang sedemikian, tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Berikut adalah pernyataan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jumlah Bantuan BKC
Jumlah bantuan BKC yang akan diberikan pada fasa yang pertama adalah seperti yang berikut:
Kategori Miskin Tegar
- Isi Rumah: RM500
- Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM200
- Bujang: RM200
Kategori B40
- Isi Rumah: RM500
- Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM200
- Bujang: RM200
Kategori M40
- Isi Rumah: RM250
- Warga Emas Sebatang Kara (WE): RM100
- Bujang: RM100
Cara Untuk Membuat Permohonan
Permohonan BKC ini tidak perlu untuk dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia.
- Miskin Tegar & B40 : Permohonan BPR 2021
- M40 : Percukaian (LHDNM)
Kaedah Pembayaran
Kepada penerima yang layak akan di bayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:
- Miskin Tegar & B40 : Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- M40 : Akaun bank yang telah didaftarkan di dalam rekod percukaian
Maklumat Yang Selanjutnya
Maklumat yang terperinci berkaitan dengan BKC, anda boleh rujuk DI SINI
SUMBER: salamkerjaya.com
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.