Bagi ahli KWSP yang telah memohon untuk pengeluaran i-Sinar KWSP RM10k, anda boleh melakukan semakan status permohonan iSinar bermula Isnin, 4 Januari 2021.
Melalui semakan itu nanti, ahli bakal mengetahui samada permohonan i-Sinar LULUS atau GAGAL.
Hal ini penting bagi memastikan permohonan yang dibuat BERJAYA dan anda hanya perlu tunggu duit iSinar masuk melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Jika permohonan anda TIDAK BERJAYA, anda boleh membuat permohonan baharu kerana tempoh bagi permohonan i-Sinar adalah 6 bulan.
Ahli boleh membuat semakan status permohonan i-Sinar melalui :
BACA JUGA!
Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Bagi Kategori 1 Dibuka Hari Ini (21 Disember 2020) – MOHON SEKARANG!
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN iSINAR GUNA i-AKAUN
Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun. Adakah anda telah memiliki i-Akaun? Sekiranya belum, rujuk artikel ‘Cara Daftar i-Akaun’ yang dikongsikan oleh Mingguan Kerja ini: Cara Daftar i-Akaun ~ Semakan Akaun 1 & 2
1. Pastikan anda mempunyai i-Akaun untuk log masuk menggunakan id dan password.
2. Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Sinar telah dikreditkan pada ‘payment date’.
SEMAKAN MELALUI PORTAL iSINAR KWSP
Cara semakan ini sesuai untuk pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang guna sistem i-Sinar Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan status permohonan ahli.
CARA BUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN iSINAR
- Layari portal i-Sinar melalui https://isinar.kwsp.gov.my/
- Masukan nombor kad pengenalan/no ahli
- Tekan SEMAK STATUS
- Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL
Bagi anda yang LULUS permohonan akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP
JADUAL PEMBAYARAN iSINAR
Untuk makluman,setakat ini, pihak KWSP belum lagi mengeluaran jadual pembayaran yang rasmi.
Berdasarkan info yang dimaklumkan pihak KWSP,bayaran bulan pertama bagi kategori 1 adalah pada bulan Januari 2021.
Manakala,bayaran bulan pertama bagi kategori 2 adalah pada bulan Februari 2021.
Jika anda perhatikan semasa membuat permohonan,ada ditetapkan jumlah bayaran bagi bulan kedua,ketiga,keempat,kelima dan keenam.
Tetapi belum dimaklumkan tarikh pembayaran bulanan,hal ini kerana bayaran berdasarkan jenis bank ahli juga,ada bank yang cepat membuat pembayaran,ada yang lambat.Ia nya bergantung kepada jenis bank.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.