Cara Melakukan Janji Temu Di Cawangan KWSP Dengan Mudah Secara Dalam Talian Sahaja

CARA%2BMEMBUAT%2BJANJI%2BTEMU%2BDI%2BCAWANGAN%2BKWSP%2BBERHAMPIRAN%2BANDA

TELE%2BLMS

Pada 21 Disember 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan permohonan pengeluaran wang akaun 1 KWSP bagi kategori 1. Tahukah anda, anda boleh merancang janji temu anda dengan mudah secara dalam talian,mudah bukan?
Kami dari Laporan Media Semasa akan mengongsikan serba sedikit mengenai cara membuat janji temu di cawangan KWSP berhampiran anda secara dalam talian.

PANDUAN MEMBUAT JANJI TEMU SECARA ONLINE

1. Layari portal rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/home


Capture%2B2

2. Klik pada pautan ‘HUBUNGI KAMI’ pada bahagian menu.
3. Lalu klik pada ‘JANJI TEMU ONLINE’.
4. Paparan seperti berikut akan keluar di skrin anda :
image
5. Pilih negeri di mana anda tinggal serta cawangan yang berhampiran tempat tinggal anda.
6. Pilih jenis janji temu yang anda inginkan.
7. Pilih tarikh janji temu mengikut ketetapan anda.
8. Pilih masa dan slot janji temu yang anda mahukan. (Waktu Bekerja)
9. Sila isi maklumat peribadi yang diminta.
10. Pastikan anda menanda semua kotak yang disediakan.
11. Baca PERAKUAN PEMOHON dengan teliti.
12. Tekan pada pautan ‘BUAT JANJI TEMU’
11. Status permohonan anda akan dipaparkan.

BACA JUGA: 

Panduan Permohonan & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan – 3 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Melakukan Permohonan


NOTA

Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai perkhidmatan.

SOALAN LAZIM MENGENAI JANJI TEMU ONLINE

1. A. Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP

Bermulai 01 Julai 2020, Kaunter Perkhidmatan KWSP beroperasi sepenuhnya berkonsepkan janji temu menggunakan konsep janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian menerusi Janji Temu Online. Hanya ahli yang membuat Janji Temu online dapat berurusan di kaunter KWSP.

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:

  • Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau
  • Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.


B. Waktu Operasi

1.Kaunter

  • 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.


2.Khidmat Nasihat Persaraan (RAS)

  • Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) ditawarkan bermula pada 29 Julai 2020.
  • 9.00 pagi hingga 4.00 petang hari bekerja sahaja.

*Waktu Operasi Kaunter dan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) untuk cawangan yang
terlibat dengan PKPB adalah 9.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja sahaja.

C. Perkhidmatan Yang Ditawarkan

1. Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) (Sila KLIK DISINI untuk mengetahui lebih lanjut)

  • Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
  • Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
  • Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
  • Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
  • Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)
  • Perundingan Perancangan Persaraan
  • Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest, i-Lestari dan Simpanan Shariah)


*Perkhidmatan Perundingan KWSP adalah PERCUMA

2. Kaunter

  • Pengeluaran
  • Pendaftaran
  • Aduan Majikan Gagal Mencarum
  • Lain-lain Perkhidmatan


Selain itu, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun (Ahli)) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari pautan ini kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

2. Konsep Janji Temu Online

Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.

Sila KLIK DISINI untuk muat turun Panduan Pengguna Janji Temu Online.

3. Anggaran Amaun Pengeluaran Bagi Pengeluaran Umur 50 Tahun, 55 Tahun, 60 Tahun dan Simpanan Melebihi 1 Juta

Ahli perlu memasukkan jumlah anggaran amaun pengeluaran di ruangan “Jumlah Anggaran Pengeluaran” semasa membuat permohonan Pengeluaran Umur 50 Tahun, 55 Tahun, 60 Tahun dan Simpanan Melebihi 1 Juta melalui Janji Temu Online.

Nota : Sekiranya Ahli tidak pasti akan jumlah baki simpanan dan amaun yang boleh dikeluarkan, Ahli boleh meletakkan ‘000’ pada ruangan amaun pengeluaran. Pegawai kami akan membantu menyemak jumlah sebenar pengeluaran semasa Ahli hadir ke kaunter yang dipilih untuk mengemukakan permohonan pengeluaran.

4. Tempoh Untuk Membuat Permohonan Melalui Janji Temu Online

Ahli KWSP boleh membuat permohonan melalui Janji Temu Online seawal 30 hari kalendar dan selewat-lewatnya 1 jam sebelum masa janji temu, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.

ILUSTRASI:

  • Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 11.00 pagi, Ahli boleh memilih slot janji temu seawal jam 12.00 tengahari pada hari yang sama untuk hadir ke cawangan KWSP tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.
  • Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Selasa jam 4.00 petang, Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP seawal jam 8.30 pagi hari Rabu tertakluk kepada kekosongan slot janji temu di cawangan tersebut.


5. Jumlah Ahli Berurusan Dalam Satu Janji Temu

Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.

ILUSTRASI:

  • Sekiranya Ahli ingin berurusan di cawangan KWSP bersama Pasangan atau Ahli Keluarga yang lain, tempahan untuk mendapatkan slot janji temu perlu dibuat secara berasingan.

6. Pengesahan Permohonan Janji Temu Online


Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.

7. Kehadiran Ahli Di Cawangan KWSP Pada Tarikh Janji Temu

Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.

Selain itu, ahli juga dinasihatkan agar mematuhi saranan pihak Kerajaan Malaysia dengan menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.

Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar masuk (check-in) dengan mengimbas kod QR yang tertera pada pintu masuk utama premis KWSP menggunakan aplikasi MySejahtera.

8. Permohonan Untuk Menukar Tarikh Atau Membatalkan Janji Temu

Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

9. Lewat hadir dan ketidakhadiran Ahli pada masa janji temu

Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.

Leave a Comment