Satu lagi berita baik buat rakyat Malaysia, hal ini demikian kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun mengumumkan satu lagi bantuan tambahan yang berjumlah sebanyak Rm500 untuk golongan B40 dan penerima BPR melalui program PEMERKASA yang lalu.
Demikianlah tujuan bantuan ini adalah supaya dapat membantu meringankan beban yang sedang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia. Kami daripada pasukan Laporan Media Semasa akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini, sila rujuk di bawah ini.
Bantuan RM500 untuk golongan B40 & penerima BPR
Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai PEMERKASA. Hal ini sedemikian telah pun diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin untuk tujuan agar dapat membantu semua golongan B40 yang dalam keadaan masih terjejas dan berumur 21 hingga 60 tahun sepanjang waktu pkp dan pandemiki ini.
Seterusnya, Bantuan Khas Tambahan Rm500 ini juga akan diberikan kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah serta kepada mereka yang telah pun kehilangan punca pendapatan ataupun pekerjaan.
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel mengenai bantuan yang lain;
- Bantuan Am Persekutuan sehingga RM350/sebulan Tahun 2021
- RASMI: Pihak Kerajaan Mengumumkan Bantuan RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2021
- RASMI: Bantuan RM800 Kepada Individu Yang Belum Bekerja Tahun 2021
- RASMI: Pengumuman Daripada Perdana Menteri Berkenaan Dengan Bantuan Prihatin Kasih RM300 Untuk Semua Rakyat Malaysia
____________________________________________________________________
Syarat-Syarat Kelayakan
- Merupakan seorang rakyat Malaysia yang berumur 21 hingga 60 tahun
- Terdiri daripada golongan B40
- Semua penerima BPR yang mempunyai pendapatan RM1,000 dan ke bawah atau pun;
- Mereka yang kehilangan punca pendapatan ataupun pekerjaan
Cara Untuk Melakukan Permohonan
Untuk makluman anda semua bahawa bantuan ini tidak terdapat sebarang proses permohonan serta juga pendaftaran yang perlu anda lakukan.
Hal ini demikian bahawa pihak kerajaan sendiri akan melakukan pengesahan kepada mereka yang kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan juga PERKESO. Kepada mereka yang layak, mereka akan mulai menerima pembayaran bermula pada bulan Jun 2021 sehingga selesai dan akan dimasukkan secara langsung ke dalam akaun penerima masing-masing.
SUMBER: salamkerjaya.com
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.