[RASMI] Perkara Yang Anda Perlu Tahu! Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar KWSP Bermula Pada 11 Januari 2021.

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2BPERTAMA%2BI SINAR%2BKWSP%2BBERMULA%2BPADA%2B11%2BJANUARI%2B2021

NEW%2BLMS

Untuk makluman semua, sejak permohonan pengeluaran wang daripada Akaun-1 menerusi program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP tidak kiralah secara digital atau fizikal telah berjalan dengan sangat baik.

Menurut Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul Abdul Aziz, kepada mereka yang benar-benar layak tersebut, semua maklumat telah tersedia di dalam pangkalan data KWSP. Sistem tersebut akan memberikan kelulusan secara automatik kepada mereka.

Cara untuk mengetahui berkaitan dengan tarikh bayaran pertama i-Sinar KWSP, sila ikuti segala perkongsian yang telah Laporan Media Semasa sediakan di bawah ini.

BACA JUGA: 

Permohonan Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Bagi Kategori 1 Dibuka Hari Ini (21 Disember 2020) – MOHON SEKARANG!

TARIKH BAYARAN PERTAMA i-SINAR KWSP

Menurut Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia berkata bahawa tarikh pertama bayaran i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:

  • Tarikh Pertama Bayaran i-Sinar KWSP : 11 Januari 2021

Namun demikian, para pemohon haruslah melakukan semakan permohonan yang telah dilakukan terlebih dahulu akan bermula pada 4 Januari 2021


BACA JUGA:

[TERKINI] i-Sinar: Semakan Status Pengeluaran & Jadual Pembayaran


PERMOHONAN i-SINAR DIBUKA SELAMA 6 BULAN

Untuk pengetahuan anda, kepada mereka yang belum melakukan permohonan i-Sinar dan mempunyai hasrat untuk melakukan permohonan, anda adalah dinasihatkan agar tidak terburu-buru dalam melakukan permohonan kerana permohonan i-Sinar ini dibuka selama tempoh 6 bulan iaitu sehingga Jun 2021.

Pastikan anda tidak tergesa-gesa dalam melakukan permohonan sehingga anda melakukan kesilapan dalam melakukan permohonan i-Sinar ini kerana tiada pindaan atau pembatalan yang boleh dilakukan bagi permohonan yang telah di hantar.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau melakukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan i-Sinar, sila hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga jam 8 malam sahaja.

Sumber: salamkerjaya.com

Leave a Comment