INFO BPN 2.0
Untuk makluman anda semua, kerajaan telah memberitahu tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 khususnya bagi golongan B40 & M40.
Menurut Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pengagihan BPN 2.0 ini akan bermula pada 12 Oktober 2020 dan pengagihan kedua bermula pada Januari tahun 2021
Menurut ucapan beliau, bayaran itu juga akan dibuat bersama dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.
Untuk makluman anda semua, permohonan baharu serta rayuan telah pun tamat pada 15 November 2020 yang lalu.
BACA JUGA:
Pembayaran ini juga akan diagihkan secara berperingkat. Di mana, golongan B40 didahulukan.
Jumlah kadar bayaran adalah seperti berikut :
- B40 : RM1000
- B40 Bujang : RM500
- M40 : RM600
- M40 Bujang : RM300
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BPN 2.0
Berikut dikongsikan cara membuat semakan,sila ikuti langkah-langkah yang diberikan :
- Layari portal rasmi BPN di bpn.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Isikan kod CAPTCHA yang diminta.
- Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan.
HUBUNGI BAHAGIAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Jika anda terdapat sebarang pertanyaan serta kemusykilan mengenai permohonan BPN,anda boleh ajukan atau hubungi pihak LHDN dan Kementerian Kewangan mengikut maklumat yang diberikan di bawah :
Talian Kementerian Kewangan :
- 03-8882 9089
- 03-8882 9087
- 03-8882 9191
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
HOTLINE LHDNM :1-800 882 747
03-8911 1000
SOALAN LAZIM MENGENAI BPN
Bilakah Pembayaran BPN 2.0?
- Pembayaran BPN 2.0 pada 21 Oktober 2020 dan Januari 2020.
Berapakah jumlah pembayaran BPN 2.0?
- Bergantung kepada jadual pembayaran.
Tarikh Pembayaran bagi golongan M40
- Golongan m40 akan menerima bayaran selepas B40 menerima.
Bagaimana cara semakan status pembayaran BPN?
- Semakan boleh dilakukan hanya dengan melayari laman web LHDN.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.