Untuk makluman anda, kerajaan telah merasmikan sistem i-Sinar KWSP kepada semua ahli KWSP bagi memudahkan permohonan pengeluaran sehingga RM10,000.
Sehubungan dengan itu, kami dari Laporan Media Semasa akan mengongsikan kepada anda rujukan Semakan Tarikh dan Jadual Pembayaran i-Sinar KWSP di bawah.
BACA JUGA:
[RASMI] Perkara Yang Anda Perlu Tahu! Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar KWSP Bermula Pada 11 Januari 2021.
1. Kategori 1
2. Kategori 2
SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 1?
Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Bagi kategori ini:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan:
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Ahli hanya perlu melakukan permohonan secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Pembayaran bagi ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
SIAPAKAH DALAM GOLONGAN KATEGORI 2?
Kepada ahli yang belum lagi mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% serta ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Setiap kategori tarikh permohonannya adalah seperti berikut:
- Kategori 1: 21 Disember 2020
- Kategori 2: 11 Januari 2021
Pembayaran i-Sinar KWSP akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank milik pencarum.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar, sila rujuk di i-Sinar KWSP
TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP
- Kategori 1 : 11 Januari 2021
- Kategori 2 : Pertengahan Februari 2021
SEMAKAN STATUS
Semakan status kelayakan untuk permohonan i-Sinar KWSP akaun 1 bagi kategori boleh dibuat pada 4 Januari 2021
i-SINAR KWSP : JADUAL PEMBAYARAN
Untuk lebih faham, sila lihat gambar yang dipaparkan di bawah ini:
KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN i-SINAR KWSP
SEBARANG PERTANYAAN
Sila hubungi nombor yang tertera : 03 8922 4848 (Isnin-Jumaat)
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.