MySARA : Bantuan Tambahan RM100 Telah Mula Dikreditkan
Bantuan tambahan RM100 telah mula dikreditkan kepada penerima secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Seperti sedia maklum, pemberian inisiatif istimewa ini sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Untuk makluman, dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan sebanyak RM1200.
Dalam Belanjawan 2024 pula, bantuan ini telah diperluas kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.
TENGAH TRENDING:————————————
- STR Bujang Fasa 2 : Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah
- Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2024
—————————————————————–
Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan
Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM100
Bagi permohonan STR yang telah diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.
Kaedah Penebusan Bantuan Tambahan RM100 SARA
Kepada penerima yang layak akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Buat masa ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Semakan Status Melalui Portal MyKasih
Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi STR di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Maklumat Lanjut
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan STR di PlayStore
- Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566
- Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran
Penafian
LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.