Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM100 : Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan RM1,200 Untuk penerima yang layak. Bantuan bernilai RM1,200 akan dikreditkan dalam MyKad bermula 2024.
Bagi SARA 2024 terdapat pembaharuan bantuan berbanding tahun sebelum ini. Untuk info yang lanjut sila rujuk maklumat di bawah.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024
Untuk makluman, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan SARA akan diteruskan bagi tahun 2024. Ianya dinyatakan ketika pembentangan Bajet 2024, bulan Oktober lepas.
Selain itu, jumlah bantuan juga turut bertambah daripada RM600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima.
TENGAH TRENDING:
- MySalam : Bantuan Khas Kewangan RM700 Untuk Rakyat Malaysia
- TERKINI : Bantuan Perayaan Khas Sehingga RM1000
Kaedah Penebusan SARA 2024
Program ini telah menawarkan bantuan sebanyak RM1,200 dan dibayar RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan. Ini bermakna penerima akan terima RM100 setiap bulan.
Nama dan nombor MyKad penerima yang layak akan direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.
Walau bagaimanapun, untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan pembayaran adalah secara tunai dan telah dikreditkan pada Februari lepas.
Bantuan STR Tambahan
Di bawah merupakan jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah:
- 0 Anak – RM 1,200
- 1-2 Anak – RM 1,200
- 3-4 Anak – RM 1,200
- 5 Dan Ke Atas – RM 1,200
Syarat Kelayakan SARA 2024
Syarat kelayakan adalah sama seperti SARA 2023, bukan semua penerima isi rumah STR 2024 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak menerima bantuan berkenaan:
- Kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
- Penerima STR 2023
- Tiada had umur
Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.
Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan RM100
Pembayaran bagi bulan Mac telah bermula bagi setiap penerima yang layak. Manakala, bayaran bagi April 2024 turut akan bermula pada awal bulan.
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan : https://whatsapp.com/channel/0029VaLGZaI6BIEc1DdC9K2Z