Skim Khairat Kematian (SKK) 2024 ~ Bantuan Tunai Skim Khairat Kematian RM1000 Bagi Penerima STR 2024 boleh dituntut secara one-off selagi menepati kriteria kelayakan pada tahun ini.
Untuk makluman, pemberian sumbangan inisiatif khas SKK ini merupakan lanjutan daripada program bantuan STR.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Tunai SKK 2024 ini untuk makluman bersama.
Skim Khairat Kematian (SKK) 2024
Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberi manfaat kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Untuk pengetahuan umum, program sumbangan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah merupakan manfaat yang disediakan kepada setiap penerima STR dan pasangan.
Tujuan utama bantuan khas ini masih diteruskan adalah bagi membantu meringankan beban keluarga penerima STR. Sekiranya terdapat kematian yang berlaku dalam tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 layak untuk membuat tuntutan.
Kadar insentif bantuan SKK yang ditetapkan adalah berjumlah RM1,000 yang akan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada penerima. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima STR tahun ini jika berlaku musibah.
TENGAH TRENDING:
Syarat Kelayakan Skim Khairat Kematian (SKK) 2024
Berikut merupakan perincian syarat kelayakan Skim Khairat Kematian (SKK):
- Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia
- Meninggal dunia pada tahun 2024
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK
- Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.
Cara Mohon Skim Khairat Kematian (SKK) 2024
Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Dokumen yang diperlukan semasa tuntutan adalah seperti berikut:
- Asal/salinan Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh JPN; dan
- Asal/salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir waris; dan
- Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/pasangan).
Maklumat Lanjut
Kepada penerima STR yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan secara terus di mana-mana cawangan BSN seluruh negara. Panduan lengkap cara tuntutan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024