Bantuan Musim Hujan RM800 Selesai Dikreditkan Ke Akaun Penerima ~ Semak Sekarang

Bantuan Musim Hujan RM800 – Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan ini.

Bantuan Musim Hujan RM800

Untuk makluman, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah sumbangan kewangan di bawah RISDA lalu diberikan kepada para penoreh yang berkelayakan bagi meringankan beban mereka ketika menghadapi musim berkenaan. Kadar BMT telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.

Ia pada asasnya diberikan kepada para pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha mengurangkan beban mereka ketika tibanya musim tengkujuh.

TENGAH TRENDING:

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Hujan RM800

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh)
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Bantuan Musim Hujan RM800
Bantuan Musim Hujan RM800 Selesai Dikreditkan Ke Akaun Penerima ~ Semak Sekarang 5

Pembayaran Bantuan Musim Hujan RM800

Pembayaran BMT dibuat sebanyak empat fasa iaitu bermula pada November 2023 hingga Februari 2024. Pembayaran pula adalah sebanyak RM200 bagi setiap fasa (RM800 keseluruhan empat fasa).

Kaedah pembayaran pula adalah secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Semakan Bantuan Musim Hujan RM800

Semakan kelulusan BMT boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat yang lebih teliti berkenaan manfaat-manfaat di bawah Belanjawan 2024 boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Join Channel Whatsapp LMS 1
Bantuan Musim Hujan RM800 Selesai Dikreditkan Ke Akaun Penerima ~ Semak Sekarang 6

Leave a Comment