Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 – Cadandan kerajaan untuk memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
CUEPACS meminta agar kerajaan memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata pihaknya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan itu sebagaimana dilaksanakan sepanjang 10 tahun lalu.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024
Menurutnya, insentif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penjawat awam, malah melegakan kelompok peniaga.
“Kami merayu supaya kerajaan mengumumkan dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang ‘purchasing power’.
“Sekurang-kurangnya dengan ada bantuan khas Aidilfitri, bukan sahaja penjawat awam (terima manfaat), tetapi untuk peniaga di bazar Aidifitri yang memerlukan pembeli yang mampu membeli barangan mereka.
TENGAH TRENDING:
- TERKINI : Bantuan Perayaan Khas Sehingga RM1000
- Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 : Semakan Status & Tarikh Bayaran Dikreditkan
“Jika kami tidak ada kelebihan, maka kami tidak mampu membeli (dan mewujudkan) pusingan ekonomi kepada peniaga,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di Anjung AUEGCAS.
Dalam pada itu, Adnan melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Perak dan Pulau Pinang yang sudah mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri masing-masing.
Beliau juga turut menyarankan kerajaan negeri lain mencontohi tindakan prihatin dua negeri berkenaan.
“CUEPACS memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain agar memberi pertimbangan yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang,” katanya.
Pada majlis sama, AUEGCAS menyumbang RM2,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
SUMBER : Berita Harian
Bantuan Khas Perayaan Aidilfitri 2024
Terdahulu Adnan berkata jika kerajaan rasa ada keperluan sedikit untuk tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.
“Lazimnya kerajaan bagi bantuan perayaan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, kekalkan yang sama pun sesuatu yang baik,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban.
Penafian
LaporanMediaSemasa tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.