Senarai Penerima Bantuan Ramadhan RM500. Senarai Penerima Bantuan Ramadan RM500 Secara One-Off telah diumumkan oleh pihak kerajaan melalui agensi MAIWP.
Untuk makluman, insentif khas berjumlah RM500 bagi persiapan bulan puasa merupakan sebahagian bantuan yang dibayar pada bulan Mac 2024.
Senarai Penerima Bantuan Ramadhan RM500
Untuk Pengetahuan anda semua, Pemberian sumbangan bantuan khas ini adalah insentif bagi meringankan beban kewangan rakyat yang berada dalam golongan berpendapatan rendah / miskin.
Tujuan utama bantuan ini diperkenalkan adalah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup terutama golongan asnaf. Dengan insentif ini dapat membantu sedikit sebanyak dapat bantu meringankan beban persiapan persekolahan anak-anak.
Penerima bantuan berkaitan adalah termasuk penerima bantuan bulanan, elaun sara hidup, sewaan rumah dan rawatan perubatan am. Penyaluran bantuan tunai khas ini akan disalurkan pada bulan ini secara berperingkat sehingga selesai.
Mohon Juga:
- Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM ~ Tarikh Tutup 15 April 2024
- Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Ke Mykad
Tarikh Pembayaran
Pemberian bantuan ramadhan ini akan dikreditkan kepada mereka yang layak pada kadar RM500 sekaligus (One-off). Tarikh bayaran adalah pada 27 Mac 2024 secara berperingkat.
Program sumbangan istimewa ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP). Bantuan ini tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada penerima yang berkelayakan.
Kelayakan Penerima Bantuan Ramadhan
Syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan khas RM500 ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada satu tahun dan masih menetap di WP.
Maklumat Lanjut
Untuk semakan status atau ketahui butiran lengkap berkenaan bantuan khas ramadhan ini. Panduan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – MAIWP 2024
Anda juga boleh mendapatkan bantuan-bantuan lain daripada pejabat baitulmal MAIWP yang berdekatan kediaman. Rujukan lebih lanjut untuk bantuan zakat boleh rujuk laman rasmi MAIWP atau pejabat berhampi.