PKP Di 6 Buah Negeri ~ Rentas Negeri Tidak Dibenarkan Di Seluruh Negara Bermula Pada 13 Januari Sehinggalah 26 Januari 2021

Untitled%2Bdesign%2B%25286%2529

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NEW%2BLMS

6 Buah Negeri Dikenakan PKP

Perdana Menteri berkata, enam negeri yang terbabit akan PKP adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Katanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh yang sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak turut akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga bagi tempoh yang sama.

BACA JUGA: [TERKINI] 10 Cadangan Dato Seri Najib Razak Tentang PKP Kepada Kerajaan Sekiranya PKP Dilaksanakan ~ Anda Setuju?


“Negeri yang akan dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi dari hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai tahap kapasiti maksimum.

“KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan untuk memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan ataupun diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada hari ini.

Pergerakan Rentas Negeri di Seluruh Negara Tidak Dibenarkan Bermula Rabu 13 Januari Sehinggalah 26 Januari 2021

Pergerakan rentas negeri ini tidak dibenarkan di seluruh negara selama 14 hari, bermula Rabu ini.

Bagi kawasan yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, pergerakan untuk merentas daerah juga tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini akan bagi mengurangkan risiko jangkitan serta akan memutuskan rantaian COVID-19, aktiviti sosial membabitkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuklah Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus serta sukan berkumpulan juga tidak dibenarkan.

Katanya, bagi negeri yang di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), aktiviti sosial dibenarkan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat!

Sumber: mingguankerja.my

Leave a Comment