Tahukah anda bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melakukan pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2?
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bertujuan untuk menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya kepada mereka yang menghadapi banyak cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.
Sebanyak RM1,000 akan dibayar secara interim kepada semua pemohon kategori 2.
Berikut laman Laporan Media Semasa akan kongsikan maklumat lanjut terkini yang berkaitan dengan i-Sinar Kategori 2:
Tarikh Bayaran Interim Kategori 2
- Bayaran Interim i-Sinar Kategori 2 akan bermula pada 26 Januari 2021
Apa Itu Pembayaran Interim?
Bayaran interim ini adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal daripada waktunya kepada pemohon i-Sinar kategori 2 sementara permohonan mereka sedang diproses sepenuhnya oleh KWSP.
Anda juga perlu difahamkan bahawa pembayaran interim sehingga RM1,000 tersebut akan ditolak daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang akan dimohon nanti.
Contoh Situasi Pembayaran Interim i-Sinar Kategori 2
Contoh Pengeluaran Pembayaran RM10,000 i-Sinar Kategori 2
Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan
- Permohonan i-Sinar hanya dibuka secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan secara automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen-dokumen sokongan.
Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain tersebut seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2
Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.