i-Lestari: Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP akan dikreditkan awal bulan Februari 2021 ~ Semak Segera!

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT


Kepada ahli yang telah melakukan sebarang permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP, pembayaran i-Lestari KWSP untuk bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Sekiranya anda masih belum terima bayaran ataupun gagal dikreditkan, anda boleh membuat kemaskini akaun bank serta merta di portal i-Lestari Online atau terima Cek Jurubank daripada KWSP.

image


Dapatkan info terkini di channel Telegram rasmi Laporan Media Semasa: https://t.me/laporanmediasemasa

Untuk makluman anda semua, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan Februari 2021 dijangka akan dikreditkan bermula pada 2 Februari 2021 ke akaun bank secara berperingkat.

Ikuti perkongsian kami dari pasukan Laporan Media Semasa di bawah untuk semak tarikh pembayaran i-Lestari KWSP pada bulan Februari 2021.

BACA JUGA: i-SINAR: Penjelasan Maksud Setiap Warna Pada Status Permohonan I-Sinar Anda

TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP BULAN FEBRUARI 2021

Kepada yang telah melakukan permohonan i-Lestari, anda boleh lakukan semakan tarikh pembayaran i-Lestari bagi bulan Februari 2021 di jadual berikut:

image

BACA JUGA: BPN 2.0: Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Sudah Dikreditkan Secara Beperingkat ~ Semak Segera Online Akaun Bank Anda!


PERMOHONAN BARU PENGELUARAN I-LESTARI

Pengeluaran i-Lestari adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kewangan ahli agar dapat memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh penularan COVID-19 tersebut.

Sekiranya anda berhasrat bagi melakukan permohonan baru untuk pengeluaran i-Lestari, anda dinasihatkan agar membuat permohonan sebelum atau pada 31 Mac 2021. Semakan status pengeluaran i-Lestari boleh disemak secara online di portal rasmi i-Lestari: https://ilestari.kwsp.gov.my/

Justeru, pengeluaran i-Lestari adalah daripada Akaun 2 KWSP sahaja. Bayaran pengeluaran tersebut akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan berikutnya. Syarat minimum bagi pengeluaran adalah sebanyak RM50 manakala maksima adalah sebanyak RM500. 


Permohonan baru boleh dilakukan di pautan yang berikut: 


SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan status pengeluaran i-Lestari:

  • Pergi ke portal rasmi  ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik “SEMAK STATUS”
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan
  • Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik butang SEMAK

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang selanjutnya mengenai Pengeluaran i-Lestari KWSP, anda boleh hubungi talian hotline KWSP di 03 8922 4848.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. 

Leave a Comment