Bantuan kemudahan komputer riba, tablet & data telah diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 agar dapat membantu para pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu pada masa sekarang ini bagi meneruskan pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran serta pengajaran di luar kelas.
Dapatkan info bantuan terkini di channel telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa
Kemudahan tersebut telah disediakan melalui Inisiatif Cerdik yang dikendalikan oleh pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah (B40).
Sila ikuti perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa yang telah disediakan di bawah ini:
BACA JUGA: i-Sinar: Tempoh Yang Diambil Bagi Kelulusan & Duit Masuk Untuk Permohonan Baru i-Sinar
150,000 MURID BAKAL TERIMA KOMPUTER RIBA PERCUMA
Untuk makluman anda semua, pemberian komputer riba secara percuma kali ini bakal melibatkan seramai 150,000 murid di 500 buah sekolah. Kemudahan tersebut adalah merupakan sebuah projek rintis bagi meringankan beban masalah pembelajaran secara dalam talian yang sedang dihadapi oleh para pelajar di Malaysia.
Hal ini demikian, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa 13 Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLIC) akan memberikan sumbangan sebanyak 150 juta ringgit malaysia ke dalam Tabung Cerdik bagi tujuan pemberian sebanyak 150,000 komputer riba kepada para pelajar sekolah sahaja.
BACA JUGA: i-SINAR: Penjelasan Maksud Setiap Warna Pada Status Permohonan I-Sinar Anda
TARIKH PEMBERIAN
Pihak Yayasan Hasanah dengan kerjasama rapat KPM dalam untuk memastikan kemampanan pelaksanaannya telah memutuskan pengagihan peranti yang akan bermula pada:
- Peringkat Utama : Februari
Untuk makluman anda, pihak mereka sedang bekerja keras dengan bertungkus lumus terhadap semua pihak agar mempercepatkan kadar pengedaran kepada para pelajar. Usaha tersebut akan dapat meringankan beban keluarga dan dapat membantu para pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran serta pengajaran di luar kelas.
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.