Pihak Kerajaan Mengumumkan Bantuan RM600 Untuk Semua Pekerja Di Malaysia Selama 4 Bulan

Kerajaan 2BUmum 2BBantuan 2BRM600 2BUntuk 2BSemua 2BPekerja 2BDi 2BMalaysia 2BSelama 2B4 2BBulan 2B2021

image

Untuk pengetahuan anda semua, sejak Program Subsidi Upah ini diperkenalkan, pihak kerajaan telahpun membelanjakan sebanyak lebih 15 billion ringgit. Hal ini bertujuan supaya dapat membantu para majikan untuk membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Memandangkan respon positif berhubung dengan program ini. Oleh yang sedemikian bahawa pihak kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukkan yang diberikan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang akan dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.


Dengan melalui inisiatif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampungkan sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan. Hal ini bertujuan agar dapat membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid19 ini supaya dapat untuk meneruskan operasi syarikat serta untuk mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan juga punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Berikut merupakan perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa, sila ikuti perkongisian kami di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Program Subsidi Upah 4.0 serta bantuan ini.

Program Subsidi Upah 4.0

Melalui inisiatif serta bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung;

  1. 500 pekerja untuk setiap majikan
  2. Kadar bayaran RM600 setiap pekerja
  3. Pembayaran adalah untuk tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor di dalam fasa kedua PPN dan juga dua bulan seterusnya khusu untuk sektor-sektor yang dikategorikan di dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti

Jika masa sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun dengan melalui PSU 4.0 ini:

  1. Tiada had gaji yang ditetapkan
  2. Majikan boleh untuk memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000

Cara Untuk Melakukan Permohonan

Permohonan tersebut mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 untuk mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikut seperti langkah yang berikut:


  1. Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan secara online – KLIK DI SINI
  2. Pihak Majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan tersebut lengkap telah diisi pada pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan anda boleh menyemak status permohonan tersebut menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
  3. Senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU boleh disemak pada pautan https://www.futurejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang telah diluluskan.

Untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci, anda boleh rujuk pada panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat yang selanjutnya berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman yang baharu.

image 1

SUMBER: salamkerjaya.com

Leave a Comment