[TERKINI] Insentif RM1,000 Bagi Belia 18 hingga 30 Tahun ~ Program PenjanaKerjaya 2.0

PROGRAM%2BPENJANAKERJAYA%2B2.0%2BINSENTIF%2BKEPADA%2BBELIA%2B18 30%2BTAHUN

NEW%2BLMS


Untuk makluman anda semua, bermula pada 1 Januari 2021, setiap majikan yang memberikan gaji kepada golongan belia yang berumur 18 sehingga 30 tahun adalah layak untuk melakukan permohonan bayaran sebanyak RM1,000 menerusi Program Perantisan di bawah Program PenjanaKerjaya 2.0 (Belanjawan 2021)

zafrul budget 061120b

Selain itu, program ini juga membolehkan bagi golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap untuk mencari pengalaman bekerja bagi meningkatkan lagi kemahiran melalui on-the-job training.

Berikut kami kongsikan mengenai PenjanaKerjaya 2.0 yang perlu anda tahu.

APA ITU PENJANAKERJAYA 2.0

Penjanakerjaya ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Sumber Manusia atau kata lainnya PERKESO untuk memberi peluang menambah pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan bekerja kepada belia.

OBJEKTIF PROGRAM

Untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui latihan on-the-job-training bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

penjana kerjaya 2.0

BACA JUGA: Semakan BPN 2.0 : Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021

INSENTIF PERANTISAN

Insentif yang diterima bagi majikan/perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran sebanyak RM1000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan
  • Tempoh bayaran adalah
  • Bayaran RM1,000 selama 3 bulan dengan syarat kontrak perkhidmatan minimum 3 bulan
    Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
    Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
    Pekerja juga layak menerima elaun kesediann kerja/bantuan
  • Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon hanya 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediann kerja/bantuan

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi menyertai Program PenjanaKerjaya 2.0 ini adalah

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan sekolah/graduan berumur 18-30 tahun
  • Calon yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap
  • Calon mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan-badan berkanun


KRITERIA TAMBAHAN

  • Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs
  • Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO
  • Majikan layak memohon 3 bulan insentif PenjanKerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja,sekiranya perantis berkenaan diserap sebagai kerja tetap


TARIKH PERMOHONAN PROGRAM PERANTISAN PENJANAKERJAYA 2.0

Bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021


CARA PERMOHONAN

Majikan yang berminat boleh membuat permohonan secara online melalui laman web https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, sila daftar sebagai pengguna dan isikan maklumat anda bagi melakukan permohonan melalui program yang ditawarkan melalui portal MYFutureJobs

MAKLUMAT LANJUT: Sebarang info lanjut, klik DISINI

Leave a Comment