[RASMI] Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Dibuka Bermula 11 Januari 2021 ~ Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui

Permohonan%2Bi Sinar%2BKWSP%2BKategori%2B2%2BDibuka%2BBermula%2B11%2BJanuari%2B2021%2B %2BIni%2BPerkara%2BYang%2BPerlu%2BAnda%2BKetahui

Untuk pengetahuan anda semua, tarikh bagi permohonan i-Sinar KWSP kategori 2 akan bermula pada 11 Januari 2021. Bagi makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya telah membenarkan ahli serta para pencarumnya bagi melakukan pengeluaran daripada akaun-1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web rasmi i-Sinar.

BACA JUGA: Panduan Permohonan & Semakan i-Lestari KWSP RM500 Sebulan – 3 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Melakukan Permohonan

Berikut ini adalah merupakan maklumat yang perlu anda ketahui sebelum anda melakukan sebarang permohonan untuk kategori permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori 2. Semoga bermanfaat.

NEW%2BLMS

TARIKH MOHON i-SINAR KWSP

Kepada anda yang tergolong di dalam kategori 1, anda boleh mula untuk melakukan permohonan bermula pada 21 Disember 2020 manakala bagi kategori 2 pula, anda juga boleh untuk mula melakukan permohonan secara atas talian (online) bermula pada 11 Januari 2021 dengan menyediakan segala dokumen sokongan yang perlu anda sertakan semasa anda melakukan sebarang permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi melakukan permohonan i-Sinar KWSP kategori 2 ini adalah mereka adalah ahli yang belum mencapai umur 55 tahun yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan keatas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) bermula daripada 1 Mac 2020.

CARA MEMOHON

  1. Anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan secara online bermula pada 11 Januari 2021 melalui laman web rasmi i-Sinar KWSP – klik DI SINI
  2. Ambil gambar melalui handphone sahaja pun boleh namun sila pastikan bahawa gambar tersebut terang dan boleh di baca.
  3. Sila posisikan kamera telefon anda betul-betul di atas dokumen yang hendak anda imbas.
  4. Pastikan anda mengambil gambar di tempat yang terang ataupun menggunakan flash jika perlu bagi memastikan gambar yang anda ambil adalah jelas dan boleh dibaca.

BACA JUGA: [RASMI] Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Bernilai RM1,800 Untuk Setiap Keluarga ~ MOHON SEGERA!


DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan

FB IMG 1610273480318


KAEDAH BAYARAN

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dilakukan bermula pada pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada para pencarum dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya selepas keluusan diberi.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.

Leave a Comment