INFO KWSP : Cara Untuk Melakukan Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP ~ SEMAK SEKARANG!

i SINAR%2BKWSP
NEW%2BLMS

Saat-saat yang dinantikan telah pun tiba, kini anda semua boleh melakukan semakan status berkaitan dengan permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP yang telah dilakukan pada 21 Disember 2020 tahun lalu.

Sila ambil perhatian kepada anda semua, pengkreditan pertama yang akan bermula pada 11 Januari 2021 yang jatuh pada hari Isnin ini. Amaun berikut yang akan dikreditkan secara berperingkat sehingga 6 bulan bermula pada tarikh pengkreditan.


image

BACA JUGA: KWSP Mendedahkan 5 Teknik Terkini Yang Digunakan Oleh Para Scammer i-Sinar – Ini Perkara Yang Perlu Anda Ketahui!


SEMAKAN STATUS PEMOHONAN i-SINAR KWSP ONLINE LULUS ATAU GAGAL

Laman Laporan Media Semasa akan mengongsikan maklumat berkaitan langkah-langkah untuk semakan status kelulusan i-Sinar KWSP termasuklah syarat-syarat kelayakan,tarikh bayaran dan jumlah pengeluaran.

TARIKH SEMAKAN STATUS i-SINAR KWSP

Tarikh semakan status permohonan i-Sinar adalah pada 4 Januari 2020 (Isnin). Menurut info yang diterima, kepada yang sudah mempunyai i-Akaun, anda boleh melakukan semakan status mulai pada 1 Januari 2021 ini melalui laman web i-Akaun KWSP.

BACA JUGA: [TERKINI] Pembayaran i-Lestari Bermula Pada Januari 2021

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR KWSP SECARA ONLINE

  1. Layari portal rasmi i-Sinar KWSP iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Sila pergi ke bahagian semak status dan tekan butang “SEMAK STATUS”
  3. Ini akan dipaparkan kepada anda semua sama ada status anda “LULUS” atau “GAGAL”

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-SINAR KWSP MELALUI PORTAL i-AKAUN

  1. Kepada ahli yang sudah mempunyai i-Akaun, anda boleh melakukan semak status permohonan i-Sinar KWSP secara online menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk pada i-Akaun KWSP
  3. Selepas itu,klik pada butang peti mesej atau “inbox’
  4. Ini dipaparkan ke skrin anda status permohonan anda sama ada lulus atau proses permohonan.


BACA JUGA: 

[RASMI] Perkara Yang Anda Perlu Tahu! Tarikh Bayaran Pertama i-Sinar KWSP Bermula Pada 11 Januari 2021.


TARIKH BAYARAN i-SINAR KWSP

Tarikh pembayaran dijangka akan dikreditkan secara berperingkat mulai 11 Januari 2021


Semoga perkongsian ini akan bermanfaat untuk seluruh warganegara Malaysia.

Leave a Comment