Info i-Sinar KWSP : Maklumat Terkini Tarikh, Status Serta Pembayaran Interim RM1,000 i-Sinar KWSP Kategori 2 ~ Anda Wajib Tahu

Pembayaran%2BInterim%2BRM1%252C000%2Bbermula%2Bpada%2B26%2Bjanuari%2B2021%2B%25281%2529

Tahukah anda bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melakukan pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2?


Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bertujuan untuk menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya kepada mereka yang menghadapi banyak cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bencana banjir.

Sebanyak RM1,000 akan dibayar secara interim kepada semua pemohon kategori 2.

image

Berikut laman Laporan Media Semasa akan kongsikan maklumat lanjut terkini yang berkaitan dengan i-Sinar Kategori 2:

Tarikh Bayaran Interim Kategori 2

  • Bayaran Interim i-Sinar Kategori 2 akan bermula pada 26 Januari 2021

i%2Bsinar%2B1

BACA JUGA: [BPR] : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021

Apa Itu Pembayaran Interim?


Bayaran interim ini adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal daripada waktunya kepada pemohon i-Sinar kategori 2 sementara permohonan mereka sedang diproses sepenuhnya oleh KWSP.

Anda juga perlu difahamkan bahawa pembayaran interim sehingga RM1,000 tersebut akan ditolak daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang akan dimohon nanti.

i%2Bsinar%2B2

Contoh Situasi Pembayaran Interim i-Sinar Kategori 2

i%2Bsinar%2B3

Contoh Pengeluaran Pembayaran RM10,000 i-Sinar Kategori 2

i%2Bsinar%2B4


Cara Permohonan & Dokumen Yang Perlu Disertakan


isinar kwsp kategori 1

Berbeza dengan Kategori 1 yang mendapat kelayakan secara automatik, permohonan Kategori 2 memerlukan dokumen-dokumen sokongan.

BACA JUGA: [BPR 2021] Kemaskini & Cara Untuk Melakukan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Akan Dibuka Pada 15 Januari sehingga 15 Februari 2021

Permohonan i-Sinar Kategori 2 Memerlukan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain tersebut seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.


Maklumat Lanjut Tentang i-Sinar Kategori 2

Untuk maklumat yang selanjutnya tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama dengan rakan-rakan anda dan Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga. Amin.

Leave a Comment