i-Sinar: Tempoh Yang Diambil Bagi Kelulusan & Duit Masuk Untuk Permohonan Baru i-Sinar

TARIKH%2BPEMBAYARAN%2Bi LESTARI%2BKWSP%2BAKAN%2BDIKREDITKAN%2BMULAI%2B2%2BFEBRUARI%2B2021%2BSECARA%2BBERPERINGKAT%2B%25281%2529

Seperti apa yang kita semua sudah sedia maklum bahawa permohonan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP melalui program i-Sinar bagi kategori 1 dan 2 adalah akan dibuka selama 6 bulan iaitu bermula pada bulan Januari hingga bulan Jun 2021. Kepada yang masih belum membuat sebarang permohonan dan memerlukan pengeluaran wang simpanan anda, jangan terburu-buru. Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.

image

Dapatkan info selanjutnya di channel Telegram rasmi: https://t.me/laporanmediasemasa

Hal ini demikian, orang ramai dinasihatkan supaya membuat perancangan kewangan dengan sebaik mungkin sebelum mengambil keputusan untuk pengeluaran i-Sinar. Permohonan i-Sinar boleh dibuat bila-bila masa sahaja sehingga bulan Jun 2021. Kepada setiap permohonan baru, tempoh untuk mendapatkan kelulusan dan duit masuk ke akaun masing-masing telah ditetapkan.

Ikuti perkongsian daripada pasukan Laporan Media Semasa di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang berapa hari masa diambil untuk mendapatkan kelulusan selepas membuat permohonan baru i-Sinar.

BACA JUGA: i-SINAR: Penjelasan Maksud Setiap Warna Pada Status Permohonan I-Sinar Anda

TEMPOH PEMBAYARAN INTERIM

KWSP telah menetapkan bahawa setiap permohonan kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1000 ketika menunggu kelulusan permohonan i-Sinar. Hal ini bermaksud bahawa bayaran pendahuluan tersebut akan diberi kepada pemohon sebelum tahu status kelulusan masing-masing. Baca selanjutnya mengenai bayaran interim DI SINI.

Selepas melakukan permohonan baru i-Sinar, bila bayaran interim tersebut akan dikreditkan ke akaun bank? Pengkreditkan amaun ke akaun bank adalah dalam masa:

  • 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda tersebut (Pindahan dari KWSP ke Bank)
  • 7 hari bekerja dari tarikh permohonan anda diterima (Bayaran interim kepada pemohon)

Tempoh Diambil Untuk Kelulusan Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i SinarTempoh Diambil Untuk Kelulusan Duit Masuk Bagi Permohonan Baru i Sinar2

TEMPOH SEMAKAN KELULUSAN

Dari tarikh permohonan dibuat, bila masanya pemohon boleh menyemak kelulusan permohonan? Untuk makluman anda, setiap permohonan yang telah berjaya dihantar, anda boleh mula membuat semakan status permohonan pada:

  • Selepas 21 HARI bekerja daripada tarikh permohonan dibuat

Hal ini bermaksud bahawa KWSP akan memproses permohonan anda dalam masa 21 hari bekerja. Sambil menunggu keputusan kelulusan, anda juga layak menerima bayaran interim yang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Selepas 21 hari permohonan dibuat anda boleh mula buat semakan permohonan i-Sinar.

BACA JUGA: BPN 2.0: Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Sudah Dikreditkan Secara Beperingkat ~ Semak Segera Online Akaun Bank Anda!

Screenshot 2021 01 27 at 10.42.43 AM

BACA JUGA: BPR: Kadar Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Yang Dibayar Pada Penghujung Februari 2021


TEMPOH BAYARAN PERTAMA I-SINAR

Bila dah semak kelulusan permohonan, serta LULUS permohonan, bila pula bayaran akan dibuat ke akaun bank pemohon tersebut? Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda mengikut jadual pembayaran i-Sinar akan dibuat dalam masa 1 sehingga 2 minggu selepas mendapat kelulusan permohonan tersebut.

Walaubagaimanapun, tarikh bayaran akan dilakukan serta dipaparkan semasa membuat semakan status seperti berikut:

Kepada penerima bulanan i-Lestari, anda dah boleh semak JADUAL BAYARAN i-LESTARI FEBRUARI 2021 sekarang. Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat yang selanjutnya ataupun anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan anda dan Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Leave a Comment