[BPR 2021] Kemaskini & Cara Untuk Melakukan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat Akan Dibuka Pada 15 Januari sehingga 15 Februari 2021

Permohonan%2BBantuan%2BPrihatin%2BRakyat%2B%2526%2BKemaskini%2BAkan%2BDibuka%2BPada%2B15%2BJanuari%2Bsehingga%2B15%2BFebruari%2B2021

Tahukah anda bahawa Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam Pembentangan Bajet Belanjawan 2021. Bantuan yang diberikan tersebut adalah lebih bersasarkan kepada golongan yang layak serta bertujuan bagi membantu kehidupan para rakyat yang terjejas.


image

Sebentar tadi, di laman web rasmi Bantuan Prihatin Rakyat telah memaparkan bahawa permohonan serta kemaskini telah dibuka bermula pada hari ini, 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Laman Laporan Media Semasa akan berkongsi kepada anda semua tentang beberapa penambahbaikan bagi bantuan ini bagi anda untuk melakukan semakan butiran lengkap anda bagi maklumat bantuan tersebut.


BACA JUGA: [BPR] : Bantuan RM350 Bagi Golongan Bujang 2021

PERMOHONAN%2BBPR%2B2021

Semakan Jumlah Kelulusan Bantuan BPR 2021


Berikut laman Laporan Media Semasa akan kongsikan senarai kategori yang menerima bantuan prihatin rakyat kali ini.

Isi Rumah B40 (Gaji bawah RM2,500)

  • JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                      RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih     RM1,800

Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)

  • JUMLAH ANAK                JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                      RM800
  • 2 orang anak atau lebih     RM1,200

Isi Rumah M40 (Gaji RM4,001 hingga RM5,000)

  • JUMLAH ANAK                   JUMLAH BAYARAN
  • 1 orang anak                        RM500
  • 2 orang anak atau lebih        RM750

BACA JUGA: BPN 2.0 : Cara Mudah Untuk Melakukan Semakan Status BPN 2.0 Anda!

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Bujang) 


Kepada anda yang berumur 21 tahun ke atas serta anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350

Permohonan BPR 2021 Online

  • Tempoh Permohonan serta Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan bermula pada 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa). Layari bpr.hasil.gov.my
  • Pemohon disarankan untuk melakukan permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
  • Kepada pemohon yang perlu melakukan Kemas Kini adalah:


1. Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus

  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:


2. Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

  • Maklumat BPR 2021 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:


1. Permohonan secara dalam talian
2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
3. Borang Permohonan BPR 2021 Yang Boleh Dimuat turun
4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
5. Soalan Lazim (FAQ)

Leave a Comment