Bagi makluman anda semua, pengeluaran ini akhirnya telah diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memantu mengurangkan beban pencarum KWSP ketika pandemik Covid-19 melanda negara. Pengeluaran yang akan dikeluarkan adalah sebanyak RM500 sebulan.
PERMOHONAN i-LESTARI KWSP RM500 SEBULAN
Semua pencarum boleh melakukan pengeluaran sebanyak minimum RM50 dan maksima RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP tertakluk kepada baki akaun pencarum.
Para pencarum serta ahli akan menerima wang tersebut bermula daripada tarikh kelulusan sehingga tamat tempoh kuatkuasa pengeluaran i-Lestari pada 31 Mac 2021. Kepada ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, para pencarum ataupun ahli tersebut adalah tidak layak bagi mereka untuk melakukan permohonan kerana mereka telah pun layak untuk membuat pengeluaran umur 55 tahun.
Ahli juga turut boleh melakukan permohonan pengeluaran i-Lestari secara atas talian, email ataupun pos. Selain itu, ahli juga boleh melakukan permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bermula pada 21 Disember 2020.
PERMOHONAN i-LESTARI SECARA ATAS TALIAN
- Pertama sekali,sila layari portal rasmi i-Lestari (KLIK DISINI) dan klik pada pautan permohonan baru.
- Sila masukkan nama penuh seperti dalam kad pengenalan,nombor MyKad,nombor telefon,alamat email (jika ada) serta alamat surat menyurat.
- Pilih amaun pengeluaran yang hendak dikeluarkan.
- Sila pilih nama bank dan masukkan nombor akaun simpanan/semasa. Sila pastikan bahawa akaun simpanan/semasa anda masih aktif.
- Sila klik pada perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butan HANTAR.
PERMOHONAN MELALUI E-PENGELUARAN KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan melalui e-pengeluaran KWSP:
- Log masuk ke i-Akaun (ahli)
- Pilih tab pengeluaran
- Klik pada pautan e-pengeluaran
- Klik pada pautan permohonan baru
- Pilih pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi
1. Sila muat turun BORANG PERMOHONAN i-LESTARI terlebih dahulu.
2. Sila lengkapkan borang beserta tandatangan atau cap ibu jari kiri dan kanan.
3. Sila sertakan dokumen berikut semasa permohonan:
- Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas.
- Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia).
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya.
(UP : i-Lestari)
Amin is the prolific writer behind www.laporanmediasemasa.com, a dynamic platform that serves as a trusted source for current issues in Malaysia. With a keen eye for relevant and informative content, Amin’s work contributes to keeping the Malaysian community well-informed and connected to local affairs.